Home » » Dipukul Sampai Mati Kerana Kebakaran

Dipukul Sampai Mati Kerana Kebakaran

Written By Unknown on Wednesday 26 December 2012 | 21:27

Dipukul Sampai Mati Kerana Kebakaran
Dipukul Sampai Mati Kerana Kebakaran - MANILA, Filipina : Lapan orang terbunuh manakala 5,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas satu kebakaran berlaku di sebuah kawasan setinggan di bandar San Juan ketika sambutan Hari Krismas, kata beberapa pegawai semalam.

Pegawai Kanan Bomba, Domingo Cabog berkata, seorang penduduk dipukul sehingga mati oleh jirannya selepas dituduh memulakan kebakaran itu kelmarin.
Lelaki itu dilaporkan mabuk tetapi bukan penyebab kepada kebakaran tersebut.
Cabog berkata, kebakaran bermula di dalam sebuah rumah apabila sekumpulan kanak-kanak bermain dengan lilin.
Seramai 13 orang turut dilaporkan cedera. Mangsa yang cedera termasuklah dua anggota bomba dan sukarelawan akibat dibaling batu oleh penduduk yang marah, kata Cabog.
Polis kini menjalankan siasatan mengenai kejadian lelaki yang dipukul sehingga mati. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat. – AP
Share this article :

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. berita semasa - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger