Home » » Ratu Universe USA Olivia Culpo merokok dan USA menang ratu cantik selepas 15 tahun

Ratu Universe USA Olivia Culpo merokok dan USA menang ratu cantik selepas 15 tahun

Written By Unknown on Monday 24 December 2012 | 20:17


Dominasi Ratu Amerika Syarikat Selepas Sedekad
AMERIKA SYARIKAT, 21 DISEMBER 2012: Lebih sedekat, gelaran Ratu Universe tidak pernah menyebelahi peserta dari Amerika Syarikat (AS) dan malam semalam penantian selama 15 tahun akhirnya berbalas apabila mahkota pertandingan ratu cantik ulung itu menjadi milik Olivia Culpo.

Pelajar tahun kedua Boston University berusia 20 tahun itu telah mengetepikan 88 ratu cantik dari seluruh dunia dalam acara akhir Miss Universe 2012 yang telah disiarkan secara langsung dari Planet Hollywood Casino, Las Vegas.

Bercita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang perfileman dan televisyen, Olivia Culpo bukan sahaja membawa pulang gelaran dan mahkota Ratu Universe 2012, malahan juga bakal menerima gaji bulanan, tajaan pakaian, produk kecantikan dan pangsapuri mewah di bandaraya New York.
Tempat kedua dimenangi peserta dari Filipina, Janine Tugonon dan ketiga dimiliki peserta dari Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero.

Pada acara pembukaan majlis berkenaan, Olivia Culpo telah tampil dengan gaun mini biru firus yang dihiasi dengan manik bergemerlapan dan selepas terpilih sebagai 16 peserta akhir dia menyerlah dengan pakaian mandi rona ungu.
Penampilannya menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan gaun malam merah dari fabrik baldu sehingga dinobatkan sebagai Miss Universe 2012.
Kejayaan Olivia Culpo merupakan pencapaian istimewa buat sekalian masyarakat AS, kerana kali terakhir gelaran itu menjadi milik negara berkenaan iaitu pada 1997 yang dimenangi oleh Brook Lee.
Malaysia menghantar wakil iaitu Kimberly Legget,19 yang merupakan pelajar dari Taylor's University dan berasal dari Pulau Pinang.
Bagaimanapun dia tidak berjaya memenangi sebarang tempat atau kedudukan pada pertandingan berkenaan yang tahun lalu telah diadakan di Sao Paulo, Brazil.
Pertandingan akhir Miss Universe 2012 telah disiarkan secara langsung menerusi stesen TV NBC dan telah disaksikan lebih 100 buah negara.
Share this article :

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. berita semasa - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger