KRONOLOGI
PENCEROBOHAN YANG BERLAKU DI LAHAD DATU | Kisah yang diceritakan ini
memaparkan kisah sebenar pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.
1. Saya tahu agensi perisikan Singapura,
Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas
panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan
operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan
pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.
2. Malaysia sudah memberikan peluang yang
sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200
orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas
ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid)
terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila
berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah
diri.
4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan,
menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan
serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala
Allahyarham.
5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid)
yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka
gugurlah kedua perwira bangsa.
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang
menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung
oleh ratusan pengganas Sulu.
7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain
terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam
sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang
terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa
merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk
melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat
dihidu.
10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik
M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa,
darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.
11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.
12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat
serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang
dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak
berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua
tangannya.
13.Yang sialnya, akhbar Filipina yang menyokong
pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram
sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada
mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang
gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda
akan berdendam.
15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang
mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang
sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.
16.Yang anehnya, ada juga penyokong
pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya
buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan
kotor di atas komentar rakyat mereka ini.
OPERASI DAULAT
17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.
18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada
sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak
mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih
tahu.
19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.
20.Saya pula memilih jalan selamat untuk
menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku
sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian
saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek
saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di
negeri itu.
21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya
siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang
saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang
dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.
MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION
22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan
jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke
atas Ground Zero pada jam 0700
23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm,
mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69,
Para 10, serta unit khas lain.
24.Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada
“Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita
hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara
apabila berlaku situasi kecemasan.
25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk
melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan
tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan
lain.
28.Negara-negara jiran lain secara teorinya
mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini
tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.
52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC
29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.
30.Pengganas ini menyangka mereka sedang
berperang dengan askar-askar Filipina, mereka lupa, mereka sedang
berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.
31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar
kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang),
tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia
akan disiarkan dalam sebuah blog lain.
SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI
32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima,
pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana
sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.
33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.
34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem
jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam
Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon
ke Manila.
35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana
rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan
huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku,
Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah
komunikasi.
36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian
ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur
gerak ke tempat lain.
37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami
bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana
rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan
sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.
PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA
38.Kelmarin media-media di Filipina dan
Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk
mendatangkan kerosakan yang besar kepada pasukan keselamatan negara
kita.
39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire
Power” disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan
yang tidak terkalah.
40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di
negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas
sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.
41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.
42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam
menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang
berhadapan dengan negara berdaulat.
|
|