Lama tidak mendengar perkembangan terkini mengenai Neelofa.
Semenjak dua menjak ini Neelofa seperti menyepi. Ini satu perkara yang
bagus kerana sebelum ini hidup Neelofa tak pernah sepi dengan
kontroversi. Terbaru, Neelofa mengakui pernah berbincang tentang
perkahwinan dengan kekasihnya, Hans Isaac.

Jika itu yang dia cakap, apa yang saya boleh katakan buatnya adalah ‘so sweet’. Dalam hal ini, saya faham keadaan, umur dan status dia. Dalam masa sama, dia juga berfikir tentang masa depannya. Kami banyak berbincang untuk ke arah yang lebih serius, cuma masih belum buat sebarang keputusan. Dan perbincangan itu bukan atas faktor usianya. Biarlah ada masa yang sesuai kerana kami mahukan perkara ini berkekalan. Ada juga dia perkatakan hal ini, tapi dia tidak mendesak. Dia sangat memahami. Insya-Allah, ada masa sesuai perbincangan akan diteruskan. Lagi pula, masih banyak perkara yang belum dicapai lagi baik saya mahupun dia
