Home » » Malaysia tolak tawaran gencatan senjata Sultan Sulu, mesti serah diri tanpa syarat

Malaysia tolak tawaran gencatan senjata Sultan Sulu, mesti serah diri tanpa syarat

Written By Unknown on Thursday 7 March 2013 | 02:07



Posted by PORUMAN on Khamis, 7 Mac 2013

Malaysia tolak tawaran gencatan senjata Sultan Sulu, mesti serah diri tanpa syarat - Menurut laporan akhbar mStar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Najib, yang melawat Sabah selepas tiga hari pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, berkata presiden Filipina Benigno Aquino III telah menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata.

"Saya bagi tahu Presiden Aquino bahawa mereka perlu letak senjata tanpa syarat dan senjata itu perlu diserah kepada kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat 16, di Lahad Datu, Khamis.

Laporan media dari Filipina memetik Kiram meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.

Terdahulu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menyeru agar keganasan di Sabah dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku.



Share this article :

Blog Archive

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. berita semasa - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger