KUALA LUMPUR – Isu mengenai keretakan rumah tangga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak dengan pelakon jelita, Rita Rudaini masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.
Kes penceraian mereka yang telah difaikan sebelum ini masih belum diputuskan mahkamah berikutan terdapat beberapa masalah yang masih belum dapat diselesaikan.
Oleh itu, sehingga kini mereka masih memegang status sebagai suami dan isteri yang sah.
Terbaru, Aidil, 25, memberitahu dia kesal apabila mendapat tahu yang Rita dan dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun berada di Australia.
“Sepatutnya, Rita perlu memberitahu setiap perkara yang dibuat bersama anak-anak terutamanya apabila melibatkan ke luar negara.
“Sebagai seorang bapa yang m
asih memberikan nafkah, saya berhak tahu setiap pergerakan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Rita dalam sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu Aidil tidak jujur di dalam memberi kenyataan.
Katanya, dia tidak pernah menghalang Aidil untuk berjumpa anak-anak tetapi dia yang bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara.
Tegasnya juga Aidil seorang yang tidak bertanggungjawab.
Jika benar, sudah tentu dia akan hadir ke mahkamah apabila diarahkan berbuat demikian, tetapi sudah beberapa kali Aidil tidak muncul dengan alasan sibuk.
“Saya mahu Aidil bercakap benar. Jangan putar belitkan cerita. Saya akan tetap meneruskan tindakan saya untuk menuntut keadilan,” kata Rita.
Kecewa Rita Keluar Rumah Tanpa Pengetahuannya
Written By Unknown on Tuesday, 27 November 2012 | 06:50
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.