Semalam MI ceritakan bagaimana usaha mencari isteri Ketua Cawangan Pas yang 'hilang' 3-4 hari di SINI.
Part III
Bersama Ustaz Saidi
dan suami yang juga ketua cawangan pas ketika itu, sepupu Ustaz Saidi
dan kawan-kawannya yang lain juga turut bersama. Rata-rata mereka ketika
itu adalah pelajar pondok yang sudah senior atau sudah berusia. Untuk
makluman pembaca, pondok pengajian agama di Kelantan bukan saja terdiri
dari pelajar yang berusia seawal 12 tahun, ada juga pondok yang masih
kekalkan tradisi menerima warga emas sebagai pelajar dan juga golongan
dewasa yang ingin menambah ilmu tanpa mengharapkan sekeping sijil atau
ijazah. Sekadar menafaatkan Ilmu Islam di usia yang sudah lanjut.
Bertolak dari rumah Si suami, dengan dua buah kereta mereka menuju ke stesen keretapi Kuala Krai.
Sebaik saja
keretapi singgah di stesen, Ustaz Saidi bersama Si suami dan rakannya
yang lain terus naik dan berjumpa dengan "master" yang bertugas mengawal
selia penumpang. Ustaz Saidi bertanya bilik manakah yang digunakan oleh
wakil rakyat tersebut, "master" dikatakan menunjukkan bilik di mana
wakil rakyat pas itu berada.
Nombor bilik kelas
pertama yang digunakan oleh Adun Pas tersebut adalah VIP No 1, koch khas
yang selalu digunakan oleh orang kenamaan.
Tanpa membuang
masa, menurut Ustaz Saidi, beliau mulanya mengetuk pintu koch beberapa
kali namun tiada jawapan dan beliau, Ustaz Saidi mengambil keputusan
membuka pintu dengan menendang pintu bilik tersebut.
Sebaik saja pintu
bilik VIP No1 terbuka, Ustaz Saidi bersama Si suami dan sepupu beliau,
Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Pas, Ustaz Fauzi menerpa masuk dan terbukti
apa yang selama ini bukan lagi khabar angin, ianya telah mengesahkan
bahawa cerita-cerita yang tersebar di kalangan penduduk Pasir Puteh
terbukti benar. Isteri kepada Ketua Cawangan Pas berada di atas perut
Wakil Rakyat Pas.
Menurut Ustaz
Saidi, beliau tidak dapat menahan marah begitu juga dengan Hj Fauzi maka
sebiji penampar hinggap di kedua pipi pasangan yang sedang asyik masyuk
melakukan dosa besar.
Ketika itu Wakil
Rakyat Pas sudah terkedu, menangis minta dilepaskan, menangis memohon
maaf di atas perbuatan terkutuk, begitu juda dengan isteri ketua
cawangan pas tersebut. Bagaikan dirasuk hantu, melolong memohon ampun
kepada Sang Suami yang hanya mampu menitiskan airmata.
Si suami bagaikan
terpaku, terpinga tanpa kata dan tak mampu berbuat apa-apa, menurut
Ustaz Saidi, yang melihat kejadian itu bukan beliau seorang, bukan Hj
Fauzi bersamanya sahaja malah saksi yang datang bersama mereka juga
melihat kejadian yang memalukan bagi seorang Wakil Rakyat Pas dan isteri
kepada ketua cawangan pas. Malah lebih dari itu, penumpang yang ada
berdekatan dengan bilik tersebut juga melihat peristiwa yang amat hina
bagi seorang yang kononnya pejuang parti yang mengguna pakai nama ISLAM.
Saksi utama, Ustaz
Saidi terkilan bila melihat Sang Suami yang hanya alirkan airmata, tak
mampu memarahi isterinya dan jauh sekali untuk melepaskan geram kepada
Wakil Rakyat Pas tersebut. Janji untuk ceraikan kiranya beliau melihat
sendiri isterinya dengan orang lain juga hilang begitu saja. Longlai dan
lemah keluar dari keretapi menuju ke kereta mereka. Meninggalkan Ustaz
Saidi dan Hj Fauzi uruskan masalah tersebut.
Tambah Ustaz Saidi,
bilik dalam koch VIP No1 umpama bilik penganting baru, pakaian kedua
pasangan mungkar berselerak dan isteri ketua pas cawangan hanya mampu
menutupi tubuh bogelnya dengan sehelai tuala yang berwarna merah.
Esok, cerita benar
apa yang terjadi di rumah Mursyidul Am Pas Malaysia, Menteri Besar
Kelantan dan juga momokan sebagai Ulama Ulung Pas bakal MI ceritakan.
Bagaimana riak muka Nik Aziz ?
Bagaimana jawapan Nik Aziz ?
Bagaimana dengan
mudah Nik Aziz letak kepentingan parti melebihi segalanya dan bagaimana
bermula dari saat itulah Ustaz Saidi dan rakan yang lain bertindak
keluar dari Pas kecuali seorang saksi. Kenapa saksi tersebut enggan
keluar parti bakal MI dedahkan !